1. Kekuatan berfikir
Cinta bermula dari fikiran kita. Berfikir tentang pasangan ideal yang ingin kamu kenali akan membantu kamu mengenali dia, ketika kamu akhirnya bertemu dengan orang yang tepat tersebut.
2. Kekuatan untuk menghormati
Kamu tidak mampu mencintai seseorang atau apa sahaja kalau kamu tidak menghormati mereka.
Orang pertama yang patut kamu hormati ialah dirimu sendiri. Untuk
mulai menghormati diri sendiri, kita patut bertanya pada diri sendiri
“apa yang aku hormati dalam diriku?”.
Untuk mendapat perasaan hormat dari orang lain, bahkan dari orang
yang kamu tidak suka, kita patut bertanya pada diri sendiri.”apa
yang aku hormati dalam diri mereka?”.
yang aku hormati dalam diri mereka?”.
3. Kekuatan untuk memberi
Jika kamu mahu menerima cinta, kamu harus mampu memberikannya
terlebih dahulu. Makin banyak cinta kamu beri, makin banyak yang akan
kamu terima.
Mencintai sama ertinya dengan memberi cinta tulus pada dirimu sendiri. Belajarlah untuk melakukan berbagai macam kebaikan.
Formula rahsia untuk meciptakan hubungan yang ceria,penuh cinta,dan
abadi adalah dengan selalu berfikir “Apa yang dapat aku beri?”dan bukan
Apa yang akan aku dapat?”.
4. Kekuatan persahabatan
Untuk mencari cinta sejati,kamu mesti mencari sahabat sejati terlebih
dahulu. Cinta bukan bererti mata kalian saling berpandangan, tapi lebih
bererti bersama – sama melihat ke satu tujuan.
Untuk mencintai seseorang seutuhnya, kamu harus mencintai keperibadiannya, bukan fizikalnya.
Persahabatan adalah tanah dimana benih cinta dapat tumbuh. Jika kamu
ingin membawa cinta ke suatu hubungan, kamu harus menciptakan
persahabatan terlebih dahulu.
5. Kekuatan dari sentuhan
Sentuhan adalah salah satu ekspresi cinta yang paling kuat
menghancurkan dinding pemisah dan menyatukan suatu hubungan. Sentuhan
membuat kita lebih dapat merasakan getaran cinta yang sebenarnya.
Tetapi agama Islam melarang kita bersentuh-sentuhan tatkala bercinta, kekuatan ini difokuskan kepada suami isteri.
6. Kekuatan untuk melepaskan
“Jika kamu mencintai seseorang, bebaskanlah dia. Jika dia kembali
kepadamu,maka dia adalah milikmu. Jika tidak, maka dia tidak akan pernah
jadi milikmu”.
Bahkan dalam hubungan percintaan, seseorang perlukan ruang untuk
dirinya sendiri. Jika kita mahu belajar untuk mencintai, pertama kita
harus belajar untuk memaafkan dan melupakan masa lalu yang buruk serta
kedukaan hati kita.
Mencintai bererti melepaskan rasa takut, curiga, dan ego. “Hari ini
aku melepaskan semua rasa takutku, masa lalu tidak akan dapat
mempengaruhiku- hari ini adalah lembaran baru bagi hidupku”.
7. Kekuatan dalam komunikasi
Ketika kita belajar untuk berkomunikasi secara terbuka dan jujur,
hidup lalu berubah. Mencintai seseorang bererti berkomunikasi dengannya.
Biarkan orang yang kamu cintai tahu bahawa kamu mencintai dan
menghargainya.
Jangan pernah takut untuk mengucapkan 3 kata magik : “Aku cinta
kamu”. Jangan pernah melewatkan kesempatan untuk mengucapkan itu
kepadanya. Selalu tinggalkan orang yang kamu cintai dengan kata – kata
mesra, kerana ia mungkin boleh jadi hari terakhir kamu melihatnya.
Contohnya, jika kamu akan mati tapi diberi kesempatan untuk menelefon
orang yang kamu cinta, siapa yang akan kamu telefon, apa yang akan kamu
katakan…dan sekarang…kenapa kamu
menunggu?
menunggu?
8. Kekuatan dari komitmen
Jika kamu ingin mendapatkan cinta yang berlimpah, kamu harus mampu
menciptakan komitmen, dan komitmen tersebut akan tercermin dalam fikiran
dan tindakanmu. Komitmen adalah ujian cinta yang sejati.
Jika kamu ingin memiliki hubungan yang penuh cinta,
kamu harus setia dengan hubunganmu itu. Ketika kamu terikat komitmen
pada seseorang, berhenti mencintainya bukan merupakan pilihan.
Komitmenlah yang membezakan antara hubungan yang mudah hancur, dengan
hubungan yang kuat.
9. Kekuatan semangat.
Semangat, membakar cinta dan membiarkan cinta tetap hidup. Semangat
yang terus berkobar, bukan hanya datang dari daya tarik fizikal, tapi
datang dari komitmen yang dalam, kemahuan, dan rasa saling tertarik.
Semangat dapat diciptakan kembali dengan cara membayangkan saat indah
di masa lalu dengannya. Spontan dan kejutan dapat menciptakan semangat
cinta. Pokok dari cinta dan kegembiraan selalu sama yang harus kita
lakukan adalah mengisi hari – hari kita dengan penuh semangat..
10. Kekuatan dari rasa percaya
Rasa percaya selalu menjadi komponen penting dalam suatu
hubungan.Tanpa rasa percaya, seseorang bisa menjadi curiga, cemas, dan
takutdan orang lain akan merasa terperangkap dan secara emosional
menjaditertekan.
Kamu tidak boleh mencintai seseorang secara utuh sehinggalah kamu
mempercayainya secara utuh pula. Bersikaplah seakan – akan hubunganmu
dengan orang yang kamu cintai tidak akan berakhir.
Salah satu cara untuk mengetahui apakah seseorang itu benar – benar untuk kamu, tanyakanlah pada dirimu sendiri
“Apakah aku benar – benar mempercayainya sepenuh hati ?” jika jawapannya adalah “tidak”, maka kamu harus berfikir dengan mendalam sebelum kamu membuat komitmen yang lebih jauh dengannya.

Tidak ada komentar:
Posting Komentar